My Blog

Mimpi Telah Kembalikan Individu Murtad Kepada Islam

November 19, 2019

MIMPI TELAH KEMBALIKAN INDIVIDU MURTAD KEPADA ISLAM

Salam,,
Alhamdulillah, bumi Shah Alam yang panas beberapa minggu sebelum ini kembali sejuk. Hujan di awal pagi hari Jumaat umpama rahmat dari-Nya. Kesempatan hari Jumaat yang sejuk dan nyaman ini ambo ingin kongsikan video yang ambo jumpa di laman sosial facebook mengenai kes gambaran yang didakwa sebagai mimpi seorang penganut Kristian.
Berdasarkan penceritaan dalam video tersebut, individu tersebut asalnya seorang muslim tetapi akibat dipengaruhi persekitaran di Barat, dia menukar agama kepada Kristian. Pada suatu hari, bermimpi didatangi seorang individu yang datang membawa kertas dan melakukan demonstrasi mengenai kebenaran agama Islam. Hal ini amat ditakuti kerana dengan melihat generasi ini dimana orang islam sendiri yang menjalani kehidupan seperti seorang penganut agama kristian.
Kertas tersebut dilipat-lipat kepada 5 bahagian berdasarkan bilangan rukun Islam. Tontonlah video dibawah untuk mendapat gambaran lebih jelas. 

Hidayah Yang Diturunkan

Pelbagai cara sebenarnya, bagi Allah untuk memberikan hidayah kepada hambanya-Nya.


You Might Also Like