My Blog

Dimana Adik Aisyah ?

October 24, 2019
Wanted Banner - Dimana Adik Aisyah ?

DIMANA ADIK AISYAH ?

Salam,,

Sama ada ini kes perebutan anak antara suami isteri atau kes culik, itu wallahualam. Tetapi sekarang ini tersebar di laman sosial facebook seorang kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang akibat diculik seorang individu. Generasi ini pelbagai kes yang berlaku disebabkan ketidakstabilan keluarga yang mengancam nyawa anak juga.

Kejadian dipercayai berlaku di pasaraya Jusco Rawang. Nak dekat-dekat Aidilfitri yang hanya tinggal beberapa hari lagi, harapnya kanak-kanak yang bernama Aisyah ini selamat pulang ke pangkuan keluarganya dengan selamat.

Gambar Bapa Adik Aisyah

Dibawah ini gambar suspek yang disyaki menculik adik Aisyah di Jusco Rawang. Mungkin anda yang membaca post ini mampu membantu mengenal pasti individu ini ataupun bersama sebarkan maklumat ini. Muka macam “ulat buku” je mamat ni.

penculik aisyah - Dimana Adik Aisyah ?

Dibawah ini print screen dari rakaman cctv menunjukkan adik Aisyah dibawa keluar dari Jusco Rawang oleh seorang lelaki. Dipercayai suspek membawa lari Aisyah dengan menaiki kereta jenis Viva Putih bernombor plat BLC 1894

aisyah diculik - Dimana Adik Aisyah ?

Ayuh bantu ibu Aisyah menjejaki anak beliau. Ambo harap agar ia tidak berkesudahan sebagaimana kes-kes yang dulu. Bersama panjatkan doa dan harapan agar adik Aisyah dapat sama-sama meraikan Aidilfitri di pangkuan keluarga.

You Might Also Like