May 19, 2013

David Beckham Gantung But Akhirnya

Salam,,

Rasanya ramai sudah maklum bintang bola sepak sensasi England, David Beckham sudah bersara dari arena bola sepak. Beckham menamatkan karier beliau bersama kelab dari League 1 Perancis, Paris St Germain (PSG) setelah beraksi 19 kali bersama kelab tersebut. Untuk makluman, gaji yang diterima Beckham bersama juara League 1 Perancis ini didermakan keseluruhannya kepada badan amal sebagai mana dimaklumkan diawal penyertaannya bersama pasukan PSG.

Beckham dalam aksi terakhir bersama PSG.
Kelibat Beckham bukan saja menjadi tumpuan di atas padang semata-mata, namun turut menarik perhatian lensa kamera ketika di luar padang. Lebih-lebih lagi status isterinya seorang artis terkenal, Victoria. Selain skil tinggi menjaringkan gol menerusi sepakan percuma yang melencong dan mengelirukan, Beckham turut diingati sebagai pemain yang menjadi ikon fesyen rambut.


Bakat luar biasa Beckham mula terserlah ketika menyarung jersi Manchester United, dimana satu jaringan cantik dari tengah padang masih jelas diingati. David Beckham juga pernah dikaitkan dengan kontroversi skandal seks pada suatu ketika dulu yang dikatakan bakal menjahanamkan karier bola sepak beliau.


Berikut info karier David Beckham sepanjang bergelar pemain bola sepak professional.
  • 1992-2003: Manchester United (394 penampilan, 85 gol) 
  • 1994-1995: Preston North End (pinjaman) (5 penampilan, two gol) 
  • 2003-2007: Real Madrid (157 penampilan, 19 gol) 
  • 2007-2012: Los Angeles Galaxy (118 penampilan, 20 gol) 
  • 2009-2010: AC Milan (pinjaman) (33 penampilan, two gol) 
  • 2013: Paris St-Germain (13 penampilan, no gol)
Selain itu, Beckham memulakan aksi sulung bersama pasukan kebangsaan Englang pada tahun 1996 menentang Moldova dan memikul tanggungjawab selaku kapten Englang dari tahun 2000 - 2006. Secara keseluruhannya Beckham meninggalkan karier bola sepak dengan 19 trofi dan 10 kejuaraan liga.

#KataAmbo::Bersaranya lagenda Man United musim ini ; Sir Alex Ferguson-Paul Scholes-Beckham
Photobucket

Segmen Ke 2 Bloglist 24 Jam Oleh Akupenghibur.com

Salam,,,

Ambo kembali mengambil bahagian dalam segmen blogging setelah kali terakhir untuk pencarian bloglist fuh.my bulan lepas. Kali ini satu lagi segmen menjadi tumpuan ambo. Segmen ini hanya untuk tempoh yang singkat saja - 24 jam tak lebih dan tak kurang.

Klik Banner untuk turut serta.

Hanya 15 blog bertuah saja yang akan dipilih untuk sertai bloglist AkuPenghibur.com ini.

#KataAmbo:Pat-pat siku lipat.....(sambung sendiri!!)
Photobucket

Teknik Dominoes Crash Yang Superb

Salam..

Menakjubkkan! Itulah yang ambo boleh katakan bila menonton video 'dominos crash' ini. Tidak seperti kebiasaan. Pergerakan jatuhan kepingan dominos yang pelbagai dan unik pastinya mengujakan sesiapa saja untuk mengikuti setiap jatuhan dominos itu sehingga ke akhir.


Hampir keseluruhan ruang dalam rumah itu digunakan. Bukan setakat kepingan dominos saja, tapi turut melibatkan kapal terbang kertas, kapal selam mainan dan lain-lain lagi.


Video ini diarahkan oleh Ryan Staake dan hampir kesemua susunan dominos serta lain-lain pergerakan kinetik dihasilkan oleh Tim Fort.

#KataAmbo::Good Effort.
Photobucket